Jabatan Kerja Raya (JKR) telah ditubuhkan pada tahun 1872 dan merupakan antara jabatan teknikal tertua di Malaysia. Pada peringkat awal penubuhannya, jabatan ini dikenali sebagai Public Works Department dan diketuai oleh Major J.F.A. McNair.
Pejabat JKR Daerah Hulu Langat pada asalnya beroperasi di Bandar Kajang bagi melaksanakan fungsi dan tanggungjawab berkaitan pembangunan serta
penyelenggaraan infrastruktur awam di daerah ini. Seiring dengan perkembangan pesat kawasan Hulu Langat dan peningkatan keperluan perkhidmatan, pejabat JKR Hulu Langat telah berpindah ke bangunan baharu yang terletak di Seksyen 14, Persiaran Wawasan, Bandar Baru Bangi.
Bangunan pejabat sedia ada telah siap dibina pada tahun 2011 dan menjadi pusat pentadbiran JKR Hulu Langat sehingga kini. Dari lokasi ini, JKR Hulu Langat terus komited dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berintegriti demi kesejahteraan masyarakat serta pembangunan daerah yang mampan.





