Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Selamat datang ke Laman Web Rasmi JKR Daerah Hulu Langat.
JKR Daerah Hulu Langat merupakan salah satu jabatan teknikal dibawah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Jabatan ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan jalanraya dan bangunan dibawah peruntukan Negeri dan Persekutuan serta memberi khidmat nasihat teknikal kepada jabatan-jabatan kerajaan yang memerlukannya di daerah Hulu Langat.
Sejajar dengan hasrat untuk menjadi sebuah jabatan teknikal yang cekap dan berkesan, JKR Daerah Hulu Langat membudayakan perkhidmatan secara proaktif, kreatif dan inovatif dalam penyampaian perkhidmatan.
Laman web ini direka dengan struktur yang informatif bagi memudahkan orang ramai mengakses maklumat serta memahami peranan dan fungsi Jabatan ini. Selaras dengan aspirasi perkhidmatan sektor awam yang mendahulukan kepentingan masyarakat dan mengutamakan pencapaian yang berkualiti kepada pelanggan.
Dengan usaha serta kreativiti yang berterusan, Kami berharap para pengunjung akan mendapat pelbagai maklumat dan informasi yang lebih manfaat dengan melayari laman web ini. Kami amat mengalu-alukan sebarang maklumbalas dan cadangan yang membina agar Jabatan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
Akhir kata saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pengurusan tertinggi JKR Selangor kerana mewujudkan portal online ini dan semoga ianya dapat memberi info yang berguna kepada pemegang taruh di Daerah Hulu Langat. Saya juga ingin menyeru kepada semua pegawai dan kakitangan agar dapat memberikan komitmen dan kelangsungan semangat kerja yang ikhlas serta sentiasa bersikap professional dan berintergriti demi merealisasikan Visi dan Misi Jabatan.
Selamat melayari laman web rasmi JKR Daerah Hulu Langat.
Sekian, terima kasih.
Ir. Ts. MOHD ZAMRI BIN MOHAMUD
Jurutera Daerah
JKR Daerah Hulu Langat





