Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Klang telah ditubuhkan pada tahun 1980. Pada peringkat awal penubuhannya, pejabat JKR Klang berkongsi bangunan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Klang yang terletak di Jalan Kota, Klang.
Seiring dengan perkembangan fungsi dan keperluan jabatan, JKR Klang kemudiannya mempunyai bangunan sendiri. Pada 1 Mac 2008, pejabat JKR Klang berpindah ke lokasi baharu di Jalan Tepi Sungai, Klang, yang sebelum itu merupakan kawasan kuarters kediaman kakitangan JKR.
Bagi menyokong operasi penyelenggaraan dan logistik, bangunan stor serta bengkel JKR Klang telah dibina dan mula digunakan pada Oktober 2010 dI Batu 5, Jalan Kapar.
JKR Klang berperanan dalam:
- Penyediaan dan pembangunan infrastruktur awam.
- Pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya.
- Penyelenggaraan bangunan kerajaan.
- Pengurusan kemudahan awam serta aset kerajaan.
Dari segi organisasi, JKR Klang dibahagikan kepada lima bahagian utama:
- Bahagian Pentadbiran & Kewangan
- Road Section
- Building Section
- Bahagian Ukur Bahan
- Bahagian Elektrik









