Sejarah


Jabatan Kerja Raya (JKR) merupakan salah sebuah jabatan kerajaan yang mempunyai cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Selain itu, setiap daerah di setiap negeri turut mempunyai pejabat Jabatan Kerja Raya bagi melaksanakan fungsi dan tanggungjawab di peringkat daerah.

Jabatan Kerja Raya memainkan peranan penting dalam pembangunan negara melalui pelaksanaan projek-projek infrastruktur dan kemudahan awam. Antaranya termasuk pembinaan bangunan kerajaan, sekolah-sekolah, perumahan, dewan serbaguna atau balai raya, sistem perparitan, jalan raya, jambatan serta pelbagai kemudahan awam yang lain demi kesejahteraan rakyat.

Hari ini, Jabatan Kerja Raya Sabak Bernam telah menjangkau usia 52 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1974. JKR Sabak Bernam merupakan salah sebuah pejabat daerah di bawah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor yang berperanan dalam merancang, melaksana dan menyelenggara kemudahan awam serta infrastruktur di daerah Sabak Bernam.

Daerah Sabak Bernam merangkumi lima mukim iaitu:

  • Mukim Sabak Bernam
  • Mukim Sungai Panjang
  • Mukim Panchang Bedena
  • Mukim Bagan Nakhoda Omar
  • Mukim Pasir Panjang
  •  

JKR Sabak Bernam terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian Bangunan dan Bahagian Jalan.

Bahagian Bangunan bertanggungjawab terhadap sektor pembinaan dan penyelenggaraan bangunan kerajaan seperti kuarters kerajaan, sekolah rendah dan menengah serta kemudahan awam termasuk balai raya dan dewan serbaguna.

Bahagian Jalan pula bertanggungjawab dalam kerja-kerja pembinaan, penyelenggaraan dan membaik pulih jalan raya serta jambatan bagi memastikan rangkaian perhubungan di daerah ini sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk pengguna.

Pada masa kini, rangkaian jalan di bawah seliaan JKR Daerah Sabak Bernam melibatkan:

  • Jalan Persekutuan FT005 sepanjang 42 kilometer.
  • Jalan Negeri dengan jumlah keseluruhan sepanjang 863 kilometer.

 

Penyelenggaraan dan pengurusan rangkaian jalan ini merupakan tanggungjawab penting JKR Sabak Bernam dalam memastikan sistem pengangkutan yang cekap, selamat dan berdaya tahan demi menyokong pembangunan sosioekonomi serta kesejahteraan masyarakat di daerah Sabak Bernam.

Welcome to the Official Portal
of Selangor Public Works Department

Find information here

Online Application

http://www.eghrmis.gov.my/

Sistem Pengurusan Aplikasi & Portal

https://p.ispeks.selangor.gov.my/ISPEKS/main

https://www.eperolehan.gov.my/home

https://tender.jkr.gov.my/

Public Access

https://jkr.spab.gov.my/eApps/system/index.do

http://bencanaalam.jkr.gov.my/

https://www.jkr.gov.my/my/page/peta-jalan-raya-jkr

http://roadsafety.jkr.gov.my/

Staff Access

https://p.ispeks.selangor.gov.my/

jata malaysia

https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/

https://www.jkr.gov.my/my/page/garis-panduan

https://arahankpkrv2.jkr.gov.my/

https://skala.jkr.gov.my/

https://spsbv3.jkr.gov.my/

Skip to content