Kemuning, 12 Feb 2026 – Pagi tadi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar telah datang semula ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor bagi meninjau kemajuan pembinaan bilik darjah IBS, pembinaan tandas ba
Pembinaan 4 buah bilik darjah secara IBS telah berjaya disiapkan dan telah digunakan pada sesi pembelajaran tahun ini. Selain bilik darjah, pembinaan blok tandas baru dan pembaikan gelanggang bola keranjang juga telah berjaya disiapkan. Blok tandas baru dan kerja pembaikan gelanggang bola keranjang adalah di bawah peruntukkan ICU yang telah diluluskan ketika lawatan Tan Sri KSN ke sekolah ini pada 20 Ogos 2025.









