FAQ

Contact Us

Aduan & Maklumbalas

Peta
Laman

Current News

MOBILISASI JENTERA & PASUKAN JKR SELANGOR BAGI INSIDEN TEMBOK PENAHAN RUNTUH & BANJIR KILAT

MOBILISASI JENTERA & PASUKAN JKR SELANGOR BAGI INSIDEN TEMBOK PENAHAN RUNTUH & BANJIR KILAT DI JALAN ABANG HAJI OPENG, TAMAN TUN DR. ISMAIL, KUALA LUMPUR

19 April 2026 – Pengarah JKR Selangor, Ir. Hj Shukri bin Ishak, telah turun meninjau sendiri situasi di lokasi kejadian susulan insiden runtuhan tembok penahan dan banjir kilat di Jalan Abang Haji Openg, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Dalam masa yang sama, JKR Selangor telah menghulurkan bantuan dari segi jentera dan tenaga kerja kepada JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan runtuhan tembok penahan di atas jalan raya sebagai tindakan segera.

Bantuan yang disalurkan melibatkan:

* 2 unit backhoe
* 2 unit lori tipper
* 2 unit lori flat bottom
* 1 unit lori loader
* 100 unit plastic barrier

Jentera dan logistik ini disediakan oleh JKR Daerah Petaling, JKR Daerah Klang serta Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR Selangor.

Selain itu, pasukan bantuan JKR Selangor turut menghantar pasukan dari JKR Petaling yang diketuai oleh Ir. Paschal Dagang anak Kevin Akeu, Jurutera Daerah JKR Petaling, bagi melaksanakan kerja-kerja segera di tapak yang merangkumi:

– Pembersihan runtuhan tembok penahan di atas jalan
– Pembersihan tanah, kayu serta pokok yang menghalang laluan
– Kerja-kerja tanah di kawasan cerun yang terjejas akibat kegagalan tembok penahan
– Pemasangan plastic barrier dan concrete barrier bagi tujuan keselamatan

Turut hadir sama ialah YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan); Datuk Seri Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur; serta wakil daripada JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ir. Abu Bakar bin Ishak.

Tindakan segera ini dilaksanakan bagi memastikan laluan dapat dibuka semula dengan selamat kepada pengguna jalan raya serta mengurangkan risiko kejadian susulan.

674395376_1488021746695409_6505617118300785404_n

Welcome to the Official Portal
of Selangor Public Works Department

Find information here

Online Application

http://www.eghrmis.gov.my/

Sistem Pengurusan Aplikasi & Portal

https://p.ispeks.selangor.gov.my/ISPEKS/main

https://www.eperolehan.gov.my/home

https://tender.jkr.gov.my/

Public Access

https://jkr.spab.gov.my/eApps/system/index.do

http://bencanaalam.jkr.gov.my/

https://www.jkr.gov.my/my/page/peta-jalan-raya-jkr

http://roadsafety.jkr.gov.my/

Staff Access

https://p.ispeks.selangor.gov.my/

jata malaysia

https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/

https://www.jkr.gov.my/my/page/garis-panduan

https://arahankpkrv2.jkr.gov.my/

https://skala.jkr.gov.my/

https://spsbv3.jkr.gov.my/

Skip to content